Alamak Aiii. ini Betul Punya SPECIAL ni. Ibu ‘Siti Special Sikit’, Menantu Tya Arifin Yang Banyak Beri Tunjuk Ajar.

Selepas bersalin perkara penting yang mak-mak kena belajar tentulah macam mana nak menyusukan bayinya. Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tak terkecuali. Kata beliau, “cabaran menyusu bukan senang“. Syukurlah ada menantunya, Tya Arifin yang memberi tunjuk ajar.

Biasanya ibu mentua yang ajar menantu kan. Cerita ibu Siti Aafiyah ini berbeza. “Special sikit. Tya yang ajarkan saya.”

Sememangnya cabaran menyusukan buat isteri yang pertama kali bergelar ibu itu, bukanlah satu perkara yang mudah. Kekok mahu menentukan posisi terbaik untuk menyusu bayi, makanan tambah susu dan macam-macam lagi yang berkaitan.

Tya Arifin Macam Cikgu Penyusuan Siti
“Tapi bila fikirkan mak saya boleh menyusukan dan menjaga sampai 8 orang anak-anaknya. Menyusukan mereka sampai tak tidur malam.

“Dia macam cikgu. Nanti dialah yang berpesan ‘Mak Iti buat begini.. begitu.. setiap 2 jam, Mak Iti kena begini. Dia jugalah yang tolong pasangkan mesin. Ajarkan saya suruh minum itu dan ini.”

Akui Datuk Seri Siti Nurhaliza, sejak 7 hari bergelar ibu ini tidur malamnya cuma 3 jam saja.

“Semakin membesar, dia semakin banyak nak kita susukan. Demi anak memanglah kena berkorban. Tak mengapalah.. kita buat ini pun kerana Allah. Kerana anak juga, kita nak tengok anak sihat.”

Korang tengok Video kat bawah ni. Dato Siti Menyusu Siti Aafiyah ni. Memang Sweet Sangat. Klik Gambar Kotak DI Bawah Dan Masukkan Password ( 1234)

Abdul Talhah