Berat Sungguh Derita Mu Muhammad Qayyum…

DERITA ditanggung Muhammad Qayyum Roslizam, 6, akibat penyakit kanser Neuroblastoma tahap empat sukar digambarkan.

Keadaan kanak-kanak itu begitu teruk termasuk kedua-dua matanya membengkak dan tersembul hingga menjejaskan penglihatannya manakala tubuhnya kurus dan tidak lagi mampu berjalan.

Tengok Gambar Dan Video Seterusnya. Hanya Untuk Yang Kuat Semangat Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )

Dia kini dijaga ibu bapanya Roslizam Mat Hitam, 40, dan ibu, Herlinda Abdul Rahim, 34, di rumah mereka di Taman Serai Maju, Bagan Serai.

Roslizam yang juga anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai berkata, penyakit anak kedua daripada tiga beradik itu mula dikesan penghujung 2014 apabila matanya kelihatan bengkak seperti ada ketumbuhan.

Katanya, pada ketika itu dia membawa anaknya ke Hospital Taiping sebelum menerima rawatan selama sebulan di sana.

“Selepas pihak hospital memaklumkan anak saya mungkin menghidapi kanser saraf, Muhammad Qayyum kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan menghidap kanser terbabit dan menjalani rawatan kimoterapi selama setahun.

“Pada penghujung tahun lalu, penyakit dialaminya semakin merebak hingga memberi kesan kepada keadaan fizikalnya.

“Kini Muhammad Qayyum hanya bergantung pada ubat penahan sakit dan perlu menambah darah selain menjalani rawatan susulan kira-kira tujuh kali sebulan bergantung kepada keadaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Roslizam berkata, selain rawatan hospital, dia dan keluarga turut berusaha merawat penyakit menggunakan kaedah rawatan tradisional, namun keadaan Muhammad Qayyum semakin membimbangkan dan dia sering menangis kerana kesakitan.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, anaknya itu gemar menonton televisyen dan sering menangis kerana perkara sama.

“Bagi menenangkannya kami terpaksa memberi pelbagai alasan seperti memaklumkan kepadanya televisyen rosak dan memberikan mainan dimahukannya.

“Kami hanya bertawakal dan berserah kepada Ilahi dalam mengubati penyakitnya, biarpun doktor mengesahkan penyakit dialami berada di tahap empat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Roslizam di talian 016-440 2981. Tolong share agar ramai yang dapat membantu saudara kita ini.

Tengok Gambar Dan Video Seterusnya. Hanya Untuk Yang Kuat Semangat Sahaja. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )

Abdul Talhah