Dah Kena Blacklist Dengan PTPTN? Jangan Risau, Belajar Dari Pengalaman Wanita Ini

Cara Keluarkan Nama Dari Senarai hitam PTPTN

Korang dah habis belajar ? tapi mesti belum mampu bayar balik study loan @ PTPTN? Maklumlah fresh graduate.Apa kata anda usaha lebih dengan bekerja lebih masa atau buat kerja part-time untuk cari jalan nak bayar balik hutang tersebut.

Tapi ada satu lagi cara untuk bayar PTPTN, iaitu dengan menggunakan KWSP Akaun 2.

Sebelum itu, jom kita baca pula pengalaman Intan Irfan yang berjaya mengeluarkan nama beliau daripada blacklist PTPTN. Kalau dulu nak buat loan atau travel ke luar negara pun tak boleh sebab blacklist, alhamdulillah sekarang dah boleh.

JIKA KENA BLACKLIST PTPTN

Memang nak tak nak terpaksa bayar. Tapi kalau tunggakan PTPTN sampai berbelas belas ribu, menangis jugak nak bayar kan? Lain lah kalau mak bapak laki bini boipren gelpren korang kerja cop duit.

Ni saya ajar cara meminimumkan jumlah bayaran dari berbelas ribu tu. Mungkin korang ada cara sendiri tapi saya buat cara ni dan berjaya. Yeyy!

Post ini agak panjang. Maklumlah blogger pencen. Please excuse my rojak words.

*Februari 2017*
Pada mulanya awal tahun ini, saya nak beli kereta tapi sangkut! Memang tahu dah PTPTN blacklist sebab check dekat web imigresen dah kena blacklist.

Tapi since memang tak de nak keluar negara, so biar je lah.

Tapi bila nak beli kereta pon tak lepas, rasa memang stressss gila lah. Bank cakap tengok acc statement semua lepas. Kereta sebelum ni pun bayaran cantik. So memang boleh beli 2nd car. (Saya online bisnes. Jadi takde slip gaji. Guna bank statement sahaja)

So bila dah tak lepas tu memang dah give up. Zzzzz. Lepas tu PTPTN pulak asyik hantar email pasal tunggakan. Aku lempang jugak. Menganjing nampak. Haha.. Dah lah tunggakan berbelas ribu. Diploma n degree..

*June 2017*
Ada satu hari tu, jalan-jalan dekat Giant. Ada kiosk PTPTN. Pastu cakap dengan husband, “Jom lah. Singgah jap” Husband memula macam dah give up juga. Tapi dia ikut je la.

Pastu tanya lah kakak dekat kiosk tu, dia cakap boleh bayar guna “Account 2 KWSP.” Dia suruh datang ofis PTPTN dekat Muar tu untuk discussion.

Yup. Saya memang dah lama tahu pasal boleh bayar guna KWSP. Tapi cuma tak berapa yakin nak bayar sebab KWSP saya ada ciput. Tak sampai RM1k. Haha… Lepas degree kerja kejap then kahwin then jadi housewife sampailahhh sekarang.

Dan setahu saya, paling sikit pun boleh bayar tunggakan tu pun half. Half pun banyak weyy. Kalau tunggakkan RM12k, half dah RM6k. Nangis ujung bucu katil lah jawapnya.

Lepas tu dia cakap, boleh bayar. Even KWSP korang tu macam agak menyedihkan. Haha. (Aku lah tu haha)

Sebelum tu nak bagitau, KWSP ni boleh bayar PTPTN untuk anak kandung, anak angkat, anak tiri dan diri sendiri. Untuk isteri TAK BOLEH. Kalau boleh, memang aku korek KWSP laki aku. Kah kah kah.

1) Pergi KWSP dulu. Print latest statement KWSP. Kemudian daftar online kwsp tu. Namanya EPF i-akaun. Nanti orang kat KWSP tu akan ajar cara macamana nak register. Lepas tu dia akan suruh korang tunggu SMS pengaktifan. Dalam 2-3 hari je dah dapat.

2) Pergi ofis PTPTN bawa statement KWSP. Masa saya pergi ofis PTPTN tu, buatlah rundingan. Cakap nak reschedule semula PTPTN . Cakap dengan dia, nak tukar PTPTN korang dari konvensional ke ujrah. Kalau korang stay dekat konvensional, memang makin tinggi lah loan korang dari sehari ke sehari.

Nanti dia akan tanya..berapa mampu bayar?

Ikut hati nak cakap mampu bayar RM10 je. Tapi nampak benor menipunya. Dia cakap minimum boleh bayar RM100. So saya pun setuju. Dia cakap nak habiskan ke duit dalam AKAUN 2 KWSP. Saya cakap YA. Sebab itu je yang ada.

3) Lepas dapat SMS pengaktifan tu, kena bawa salinan sijil diploma/degree korang ke KWSP semula. Dieorang nak cop dan nak approve permohonan korang tu. Untuk approve permohonan tu akan mengambil masa sebulan. Once approved, PTPTN akan hantar email.

4) Bila dapat email dari PTPTN, just ikut arahan yang diberi. Kena siapkan beberapa dokumen dan submit ke ofis PTPTN . Lepas tu settleSimple je.

5) Proses ni start bulan 6. Bulan 8 dah dapat dah kereta baru. Hihi…. Kalau tak, mungkin boleh settle awal. Lebih kurang macam ni lah prosesnya. Saya pun ingat-ingat lupa.

Dalam Akaun 2 KWSP saya ada dalam RM800+ sahaja. Tunggakan saya berbelas ribu. Sekarang bulan bulan saya bayar RM100.24 selama 131 bulan. Lama weyyy. Haha… Lama pun lama lah. Janji tak blacklist.

Siapa yang nak pergi travel nextyear tu dah boleh pergi KWSP dan PTPTN sekarang. Masih sempat sediakan payung sebelum korang menangis dekat airport nanti.

Yang saya reschedule ni untuk diploma je tau. Degree saya dah memang ujrah.

Tadi saya discuss dengan pegawai PTPTN, dia cakap saya belum combine both. So yang clear tu diploma. Degree ada tunggakan. And dia offer saya untuk combine both, diploma & degree. Bila combine, ada sekian sekian jumlah yang perlu saya bayar. Baru proses tu boleh dibuat. Kalau tak bayar memang tak boleh combine.

Alamak. Duit KWSP akaun 2 dah “0”. Haha…

Bayar half memang tak mampu. Nego punya nego, kena bayar 3 angka je. Bulan-bulan pun cuma RM200. Tu dah combine dah diploma dan degree. Alhamdulillah. Hihi. Nanti saya update lagi bila dah settle prosesnya.

Hari tu tak dapat nak combine sebab degree je yang ujrah, diploma masih konvensional. Kena tukar diploma ke ujrah dulu, baru boleh combine.

*Update 15 September 2017*

Kelmarin saya ada deal dengan dua orang pegawai PTPTN untuk combine loan diploma & degree saya.

Seorang suruh bayar sedikit dari jumlah loan saya iaitu sebanyak RM2k untuk proses penggabungan tu. Saya nego, dapat RM1k.

Dalam masa yang sama, saya ada contact dengan seorang lagi pegawai PTPTN yang juga rakan Facebook saya. Dia suruh saya bayar RM1k. Saya nego dapat RM500. Nego melalui WhatsApp sahaja. Dan saya terus bayar ke akaun PTPTN RM500.

Dan hari ni, proses penggabungan tu berjaya. Syukurrrrrr…. Sekarang loan diploma & degree dah selamat combine. So bulanan saya kena bayar RM199.31. Kira RM200 je lah. Selama 186 bulan. Huhiii. Berpeluh bila tengok jumlah bulan. Huhuuu. Tapi at least I am free from blacklist!!!!!

Alhamdulillah..syukur sangat…

Kesimpulannya;

**Diploma**

  • Tunggakkan + loan RM11k+ (sebab tempoh bayaran dah tamat. sepatutnya saya dah habis bayar pun haha)
  • Bayar RM800+ menggunakan KWSP Acc-2 untuk convert konvensional ke ujrah
  • Nama clear dari blacklist dan boleh buat loan kereta. Yahoo!

**Degree**

  • Loan memang dah convert ujrah
  • Total loan RM20k+
  • Tunggakkan RM8k
  • Bayar RM500 cash untuk proses penggabungan diploma & degree

SEKARANG

  • Total loan diploma & degree RM32k+
  • Monthly bayar RM199.31 start bulan Oct nanti secara auto debit (kena register di website ptptn) selama 186 bulan
  • Free from blacklist & CCRIS ke ape benda sume tu

Sumber: FB Intan Irfan

Wajib Bayar Hutang

Rasulullah SAW bersabda:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ
“Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.” (HR. Muslim III/1502 no.1886, dari Abdullah bin Amr bin Ash).

Sebagai kesimpulan, hidup kita takkan tenang selagi kita ada hutang. Tak kisahlah hutang dengan PTPTN ke, hutang dengan bank ke, mahu pun hutang dengan sesama manusia. Tapi hutang pun ada hutang yang baik tau, contohnya hutang untuk beli rumah.

Apa-apa pun, bersegeralah untuk bayar hutang.

*P/S: Nak WhatsApp pegawai PTPTN untuk semakan baki pinjaman, tunggakan atau penyelesaian melalui KWSP, boleh ke link berikut:

Selangor

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-selangor

Haritu kami cek, website tersebut down, boleh cuba untuk akses web cache tersebut:

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-selangor

Kuala Lumpur

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kl

Kalau down, cuba akses web cache pula.

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kl

Johor

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-johor

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-johor

Kedah

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kedah

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kedah

Kelantan

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kelantan

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-kelantan

Melaka

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-melaka

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-melaka

Negeri Sembilan

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-n9

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-n9

Pahang

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-pahang

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-pahang

Perak

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-perak

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-perak

Perlis

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-perlis

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-perlis

Pulau Pinang

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-penang

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-penang

Sabah

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-sabah

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-sabah

Sarawak

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-sarawak

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-sarawak

Terengganu

URL: http://ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-terengganu

Cache: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:https://www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-terengganu