FatZura bertunang 13 November ?

PELAKON Fattah Amin terus berteka-teki mengenai status hubungannya dengan Fazura dan enggan mengulas mengenai tarikh 13 November yang dikhabarkan adalah hari pertunangannya dengan pelakon jelita itu.

Fattah, 27, ketika ditemui berkata, jika ada berita baik dia akan mengumumkannya kepada semua orang.

“Doa sajalah yang baik-baik. Jika ada perkara yang gembira saya akan beritahu kepada media,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut senada dengan Fattah dan berharap peminat mendoakan perkara yang baik untuk mereka berdua.

“Saya tidak tahu jodoh saya dengan siapa. Saya hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Insya-Allah ada masa yang sesuai saya akan kongsikan dengan semua,” katanya.

Fattah dan Fazura ditemui pada majlis tayangan perdana filem tv terbaru lakonan mereka berjudul Wanita Terindah di Kuala Lumpur, malam tadi.

Terdahulu, mereka berkata, isu tarikh 13 November itu timbul mungkin disebabkan bagi mempromosikan filem tv Wanita Terindah.

“Memang dalam cerita itu kami bertunang dan saya melamar Fazura,” kata Fattah

Ahmed Saraireh