Harga minyak turun lima hari berturut-turut

Sharing is caring!

NEW YORK: Harga minyak sekali lagi ditutup lebih rendah disebabkan kebimbangan berhubung peningkatan dalam pengeluaran dan inventori Amerika Syarikat (AS), sungguhpun jangkaan pengeluar utama dunia lain akan melanjutkan usaha pemotongan bekalan lewat bulan ini.

Brent ditutup 51 cent, atau 0.8 peratus, lebih rendah kepada AS$61.36 satu tong, meneruskan kejatuhan harga untuk tempoh lima hari berturut-turut.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate pula jatuh untuk empat sesi berturut-turut, ditutup 19 cent, atau 0.3 peratus lebih rendah pada AS$55.14 satu tong.

Harga minyak susut daripada tertinggi dua tahun yang di cecah minggu lalu, oleh kedua-dua penanda aras itu dengan tanda-tanda bekalan AS meningkat, dan potensi usaha pakatan yang diterajui Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam menyokong harga minyak dunia.

Data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS Rabu lalu menunjukkan inventori minyak mentah domestik meningkat untuk minggu kedua, menambah sebanyak 1.9 juta tong dalam minggu berakhir 10 November.

Simpanan minyak yang sudah diproses juga meningkat.

AS dijangka menyumbang lebih 80 peratus pertumbuhan dalam bekalan minyak mentah dunia dalam dekad berikutnya, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Khamis, dan data mingguan menunjukkan terdapat peningkatan ketara dalam pengeluaran. – Reuters

Sharing is caring!

Comments

comments

Abdul Talhah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *