Malaysia Raih Pingat Pertama Hoki Dalam Dewan

KUALA LUMPUR – Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara Hoki Dalam Dewan Wanita selepas menewaskan Singapura 3-1 di Pusat Perdagangan dan Pameran Malaysia (Mitec) di sini, hari ini.

Thailand merangkul emas selepas mengalahkan 4-1 dalam final acara itu di venue sama.

Tikhamphorn Sakunpithak yang mencipta hatrik pada minit ke-20, ke-27 dan ke-31 berkata beliau amat gembira dapat membantu Thailand memenangi emas.

“Ia perlawanan yang sengit antara pasukan kami dan pasukan lawan Indonesia,” kata pemain hoki senior berumur 29 tahun itu kepada Bernama.

Malaysia melakukan jaringan seawal minit ketiga selepas menyempurnakan pukulan penalti menerusi Nur Aisyah Yaacob, diikuti gol padang oleh Noorain Mohd Arshad enam minit kemudian manakala Qasidah Najwa Muhammad Halimi meranapkan harapan Singapura apabila menyempurnakan hantaran sudut penalti pada minit ke-20.

Jurulatih Iman Gobinathan ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu berkata, skuad bimbingannya itu pada awalnya gugup sebelum perlawanan penentuan namun berjaya mengharunginya.

Sementara ketua pasukan Nor Izaidah Ibrahim berkata pasukannya telah berusaha sebaik mungkin sepanjang pertandingan itu dan perlawanan hari ini.

Hoki Dalam Dewan merupakan antara sukan yang dipertandingkan buat julung kali pada Sukan SEA, bersama-sama hoki ais, luncur ais dan kriket.

Lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina mengambil bahagian dalam acara Hoki Dalam Dwan Wanita yang berlangsung sejak 21 Ogos.

“…Dalam tournament ini, team saya tidak ada experience dan mungkin jika mereka diberi lebih masa sedikit, mungkin mereka boleh ke final,” he said.
Meanwhile, team captain Nor Izaidah Ibrahim said her team had given their best in the match. – BERNAMA