Malaysia Rangkul Gangsa Di Universiade Ke-29

KUALA LUMPUR – Malaysia memperoleh pingat gangsa selepas tewas 3-2 kepada Jepun dalam acara badminton berpasukan separuh akhir pada Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-29 di Taiwan, hari ini.

Bagaimanapun, Jepun gagal mengekalkan rentak kemenangan apabila kalah 3-0 kepada tuan rumah Taiwan pada final. Taiwan sebelum itu layak ke final selepas mengalahkan Thailand 3-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Thailand turut menerima gangsa selepas layak ke saingan separuh akhir.

Kontinjen negara, dengan 62 atlet dan 29 pegawai, menyasarkan empat pingat gangsa dalam kejohanan dwitahunan itu dan bertanding dalam enam daripada 22 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu wushu, badminton, memanah, olahraga, golf dan bola sepak.

Temasya sukan itu diadakan dari 19 hingga 30 Ogos ini. – BERNAMA