Polis Labuan Serbu Pusat Hiburan & Refleksologi

Sharing is caring!

Polis Labuan menyerbu beberapa pusat hiburan dan rawatan urutan refleksologi SPA sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal jenayah, maksiat dan aktiviti berkaitan dadah di pulau ini.

Operasi pada 2 pagi Jumaat diketuai Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman disertai lebih 20 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Anti Narkotik.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai penjaga kelab malam itu ditahan dan 11 peralatan hiburan dirampas dalam operasi yang dijalankan lebih tiga jam itu.

“Sejumlah 33 pengunjung termasuk dua wanita diperiksa bagaimanapun mereka dibebaskan kemudian.

Adzhar berkata 50 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tukang urut ditahan untuk siasatan lanjut berhubung permit serta dokumen perjalanan mereka selain turut menjalani ujian air kencing.

“Kami turut memeriksa 48 pengunjung termasuk lapan wanita tetapi mereka dibebaskan pada hari sama.

“Kami perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. Kami mahu semua pengusaha mematuhi undang-undang dan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan dan premis mereka bebas daripada sebarang aktiviti maksiat,” katanya. – BERNAMA

Sharing is caring!

Comments

comments

Abdul Talhah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *