Tahniah! Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Berpengaruh Di Dunia Sekali Lagi

Sejak disahkan hamil, Dato Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin menerima pelbagai bentuk rezeki. Baik untuk dirinya, bakal anaknya dan keluarganya ada sahaja khabar gembira yang dikongsi bersama peminat.

500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia Tiga Tahun Berturut – Turut

Menerusi Instagram nya, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yang disifatknya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan

Alhamdullillah, semuanya dari Allah SWT.. #Repost @rozisangdewi ・・・ Alhamdulillah. Tahniah @ctdk. Adakala sesuatu datang kala kita sedang rehat, berdiam dan tiba saat kita tenang dan tak berbuat apa-apa. Justeru yang pernah, sedang dan bakal kita lakukan adalah jariah-jariah yang tak dicanang tapi dilihat dengan mata hati. #Repost @nurdanishazhar (@get_repost) ・・・ Congratulations to YBhg.Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin @ctdk for being listed again in The Muslim 500,The World's 500 Most Influential Muslims. It has been 3 years in a row YBhg.Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin name is being listed in it. Her name is added in is being added in 1)The World's 500 Most Influential Muslims 2016 2)The World's 500 Most Influential Muslims 2017 3)The World's 500 Most Influential Muslims 2018 once again Congratulations Mak Ito for being listed again……I am really proud of u Mak Iti @ctdk as being listed in the list again Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin is listed among The World's 500 Most Influential Muslim in the category of arts and cultural #NurDanishAzharNDA #LotsOfLove #LessOfHates

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dianugerah Dato’ Sri

Pada Oktober yang lalu, Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri. Anugerah ini diberi setelah mengambil kira segala penglibatan dan pengiktirafan yang diterima beliau sepanjang bergelar anak seni. Tahniah Dato Sri Hajjah Siti Nurhaliza!