Terkini Ya Allah. Mari Lah Sama-Sama Kita Berdoa. Rumah Dato Najib Kini Di Kepung Oleh Pihak Polis

Polis meningkatkan kawalan di laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, berkata kawalan itu dilakukan untuk menjamin keselamatan di kawasan berkenaan.

“Kita keluarkan arahan untuk kawalan keselamatan 24 jam di kawasan berkenaan, iaitu di laluan masuk ke Jalan Langgak Duta.

“Kita laksanakan kawalan ini atas tujuan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Ini berikutan kawasan itu mula menjadi tumpuan pelbagai pihak. Kawalan keselamatan perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan tinjauan NSTP, sebuah balai polis bergerak ditempatkan di simpang masuk bersama lima anggota polis.

Pemeriksaan dilakukan ke atas setiap kenderaan yang ingin memasuki laluan berkenaan.

Pengamal media yang sebelum ini bebas berkumpul bagi membuat liputan di hadapan rumah Najib juga dilarang masuk.

Tengok Video Penuh Kat Bawah Ni. Klik Gambar Kotak DI Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )