Tips Untuk Menjimatkan Bateri Iphone Hingga 40%.

Secara amnya bateri iPhone belum berada ditahap terbaik terutama dalam kalangan ‘penguna tegar’. Admin sendiri menggunakan iPhone 6S dan terpaksa mengecas peranti sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Mungkin ada diantara korang pelik atau tidak bersetuju, namun itu hakikatnya kerana penggunaan harian setiap individu adalah berlainan. Dari segi penggunaan data, sosial media, dan aplikasi adalah tidak sama antara penguna normal dan pengguna tegar. Disebabkan masalah ini juga admin tergerak untuk berkongsi tips yang mungkin menjimatkan hampir 40% penggunaan bateri anda.

1. Update Software ke tahap paling terkini.


Setiap software yang dikemaskini selalunya didatangkan dengan energy-saving yang ditambahbaik oleh developer. Jadi rajin-rajinlah untuk semak peranti sama ada iOS, OS X, watchOS ataupun Android sekali pun!
Settings> General > Software Update.

2. Hidupkan Wi-Fi Assist.


Wifi turut menjadi penyumbang telefon kehausan bateri kerana selalunya peranti cuba untuk mengekalkan satu-satu network secara maksima. Lebih teruk, ia masih berbuat demikian walaupun network dalam keadaan yang lemah. Jadi On saja Wifi Assist dan peranti akan menukar kepada data secara automatik sekiranya Wifi tidak memuaskan.
Settings > Mobile Data dan scroll hingga bawah dan set Wi-Fi Assist.

3. Low Power Mode.


Untuk perisian iOS9, Apple telah memperkenalkan fungsi Low Power Mode. Dengan kaedah ini peranti akan menyelaras cahaya skrin, processor dan juga penggunaan aplikasi ke tahap lebih rendah supaya hanya tenaga sedikit saja diguna pakai.
Settings > Battery> Low Power Mode.
426100-iphone-battery-tips (Medium).

4. Motion Effects.

Turut dikenali sebagai Parallax effect, fungsi ini membuatkan ikon dan notifikasi anda bergerak mengikut ‘graviti’ telefon. Namun ia memerlukan penggunaan grafik yang tinggi, sekali gus menyumbang kepada penurunan bateri yang ketara.
Settings > General > Accessibility > Reduce Motion.

5. Dynamic Backgrounds.

Selain Motion Effects, Dynamic Background turut menjadi punca telefon kehausan bateri. Fungsi ini mungkin membuatkan wallpaper anda tampak cool, namun ia menjadi antara penurunan bateri jadi pilihlah imej yang tidak bergerak.
Settings > Wallpaper > New Wallpaper dan pilih ‘Still’.

6. Lenyapkan Suara Maya Siri.

Siri dicipta untuk sentiasa melayan soalan-soalan anda, jadi dia selalunya berada dalam keadaan sentiasa bersedia aka ‘Stand-by’. Kebanyakan pengguna di Malaysia jarang menggunakan siri jadi off kan sahaja.
Settings > General > Siri> Off
2duZfGtv2FSF1BtJ (Medium)
Honorable mention.

7. Laras cahaya skrin secara manual.

kerana pengunaan Auto Brightness akan membuatkan sensor sentiasa menyelaras mengikut keadaan cahaya dan ia turut menggunakan bateri.

8. Off Bluetooth.

jika tidak digunakan kerana kadangkala pengguna tidak perasan Bluetooth mereka dalam keadaan ‘stand-by’.

9. Setting celullar.

Off 4G dan set kepada 3G dan jika bateri dalam keadaan yang sangat kurang, maka anda perlulah off data network anda.

10.Setting wifi.

Off Wifi supaya peranti tidak menarik mana-mana network untuk disambungkan terus kepada telefon.

Jika bermanafaat kongsikan kepada rakan-rakan korang.