Ya Allah Comel nya. Tak Tahan Di Asak Wartawan. Akhirnya Dato Siti Dedah 8 Gambar Terkini Anak nya Kepada Peminat.

Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, untuk memiliki cahaya mata mereka berdua bukan tempoh yang singkat.

Jadi, tidak hairanlah jika berita kelahiran puteri sulung mereka Isnin lalu diraikan dalam suasana yang cukup gembira baik dalam kalangan ahli keluarga, rakan terdekat, artis, media dan peminat.

Namun, seperkara yang dapat dipelajari daripada perjalanan Siti, 39, untuk memiliki zuriat sendiri adalah kesabaran dan sentiasa berusaha tanpa jemu.

Sejak Siti mengambil keputusan berehat dalam bidang nyanyian April lalu, pelbagai spekulasi timbul terutama membabitkan kehamilannya.

Seperti yang sering diungkapkan Siti, dia meminta semua pihak bersabar terutama media yang jika ada perkara dan berita gembira akan dikongsi dan berlaku adil untuk semua.

Pada Oktober lalu, jemputan daripada pihak Siti untuk hadir ke kediamannya menjawab segala persoalan apabila Siti mengumumkan dia hamil empat bulan.

Sejak itu, hampir setiap hari Siti dihujani ucapan tahniah dan berdoa semoga urusan kelahiran dipermudahkan.

SITI bersama ibunya (dua dari kiri) dan ibu mentuanya (kanan).

Peminat Siti juga tidak sabar untuk melihat kehadiran Siti Nurhaliza Junior yang digelar ‘Malaysian Sweet Heart’.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, dia menyaksikan bagaimana kecekalan penyanyi itu berusaha memiliki anak.

Tengok lagi 5 Gambar Yang Dato Siti Share ni. Klik Gambar Kotak Di Bawah Dan Masukkan Password ( 1234 )